KUALA LUMPUR: Tumpuan seluruh negara esok akan terarah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang akan mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh penting Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), susulan pembubaran Parlimen Ke-14 berkuat kuasa 10 Okt lepas.
Turut bakal dibincangkan ialah urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.
Mesyuarat yang dijadualkan bermula pukul 10 pagi itu, dijangka berlangsung selama dua jam, diikuti pengumuman oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh.
Tarikh yang dijangka akan diumumkan termasuk tarikh keluar writ, hari penamaan calon, hari mengundi awal dan hari mengundi.
#SuaraMalaysia: Majoriti responden jangka 12 Nov tarikh mengundi PRU15
SPR juga akan mengumumkan jumlah pemilih berdaftar, jumlah petugas pilihan raya, jumlah premis yang akan digunakan sebagai pusat mengundi, saluran mengundi, peruntukan keseluruhan dan garis panduan pengundian.
Sebelum ini, PRU yang menyaksikan pilihan raya di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara (kecuali Sarawak) dijalankan secara serentak.
Kali ini, hanya negeri Pahang, Perak dan Perlis yang akan melaksanakan pilihan raya negeri masing-masing bersekali dengan peringkat Parlimen, berikutan langkah ketiga-tiga negeri berkenaan membubarkan DUN masing-masing.
Manakala negeri negeri diterajui PH iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor serta negeri yang diterajui Pas iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah tidak membubarkan DUN dan tidak ada pilihan raya peringkat DUN diadakan.
Negeri-negeri yang baru sahaja mengadakan pilihan raya negeri seperti Sabah (September 2020), Melaka (November 2021), Sarawak (Disember 2021) dan Johor (Mac 2022) juga baru sahaja mengadakan pilihan raya negeri masing masing.
Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen Ke-14, beliau turut mengesyorkan negeri-negeri kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor (masih belum mencapai tempoh matang) untuk membubarkan DUN masing-masing, bagi membolehkan pilihan raya peringkat Parlimen dan DUN diadakan serentak.
Pahang negeri pertama yang membubarkan DUN pada 14 Okt, diikuti Perlis pada hari sama.
Perak pula mengumumkan pembubaran DUN pada 17 Okt.
Ini bermakna, pilihan raya akan diadakan di 222 kerusi parlimen di seluruh negara, serta 42 DUN di Pahang, Perlis (15 DUN) dan Perak (59 DUN).
PRK DUN Bugaya pula dijangka diadakan bersekali dengan PRU15, berikutan kematian penyandangnya Manis Muka Mohd Darah pada 17 Nov 2020 dan tertangguh ekoran proklamasi darurat bagi mencegah penularan pandemik COVID-19.
Pada 7 Okt lepas, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menamatkan enam ordinan dan proklamasi darurat bagi menangguhkan PRK Parlimen Batu Sapi, Gerik dan DUN Bugaya yang diisytiharkan pada November dan Disember 2020, berkuat kuasa 6 Okt lepas.
Sebelum pembubaran Parlimen diumumkan secara rasmi lagi, pelbagai spekulasi beredar di media sosial berkenaan tarikh PRU15 dengan kebanyakannya menjangkakan ia akan diadakan selewat-lewatnya pada pertengahan November, berikutan ramalan berlaku bencana banjir akibat Monsun Timur Laut.
Susulan itu, persiapan SPR kali ini dijangka agak berbeza memandangkan sekolah atau dewan yang lazimnya digunakan sebagai pusat mengundi mungkin akan dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir.
Persiapan lain juga mungkin diperlukan termasuk pertambahan petugas dan bantuan lojistik seperti pengangkutan dan lokasi yang bersesuaian.
Mengikut data SPR setakat Januari lepas, seramai 5.8 juta pemilih baharu akan ditambah kepada daftar pemilih semasa iaitu 15.3 juta, susulan pelaksanaan Pendaftaran Pemilih Secara Automatik (PPSA) pada 15 Dis 2021.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan pemilih sebanyak 21.1 juta. Pada PRU14 jumlah pemilih berdaftar adalah 14.9 juta.
Sebanyak 1.2 juta pengundi berusia 18 hingga 20 tahun yang turut didaftarkan secara automatik di bawah pelaksanaan Undi18. - BERNAMA
Bernama
Wed Oct 19 2022
Tumpuan seluruh negara esok akan terarah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya yang akan mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh penting Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Penunggang motosikal maut terbabas, kepala kena tiang papan tanda
Seorang lelaki berusia 50 tahun maut setelah motosikal yang ditunggang hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan di Ipoh.
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
12 samseng jalanan ditahan, 57 motosikal disita di Taiping
Operasi yang diadakan bukan saja untuk membanteras samseng jalanan tetapi juga untuk mengurangkan kes kemalangan dan jenayah jalanan.
Kereta hilang kawalan masuk lorong kiri punca bas terbalik di lebuh raya
Akibat pelanggaran, kereta itu berpusing 360 darjah dan melanggar bahagian hadapan kanan bas.
PM tiba di Doha untuk lawatan rasmi tiga hari ke Qatar
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha pada kira-kira 9.37 malam Ahad waktu tempatan.
Dr Dzulkefly komited selesai isu gaji, kebaikan jururawat
"Saya sangat sedar, insaf dan amat empati terhadap pelbagai masalah profesion ini termasuk gaji, saraan, kerjaya, kebajikan."
Pemaju hartanah tidak bertanggungjawab musnahkan impian pembeli rumah
Kerajaan khususnya kementerian yang bertanggungjawab terhadap pengguna dan perumahan, jabatan penilaian serta agensi yang terlibat dalam pembinaan perlu tampil ke depan membantu pemilik rumah.
Liga Malaysia: Stadium Likas, Sabah pertama bakal guna sistem VAR sendiri
Sabah bakal menjadi negeri pertama mengguna pakai sistem VAR sendiri jenis sistem Goal Sport VAR untuk perlawanan Liga Malaysia di Stadium Likas.
KDN pilih Mini Amazon Malaysia, Kampung Beng, sebagai Kampung Angkat MADANI
Kampung Beng, yang terkenal sebagai Mini Amazon Malaysia, telah dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Kos penyediaan LRT di Johor dianggarkan RM16.7 bilion
Anggaran kos keseluruhan penyediaan infrastruktur Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor dianggarkan menelan belanja RM16.7 bilion, berbanding RM7 bilion bagi penyediaan infrastruktur Transit Aliran Aut
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal hanya menjejaskan sedikit kedudukan Perdana Menteri seperti budi bicara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.
Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Masjid Tanah didengar 16 Feb
Rayuan calon BN terhadap keputusan mahkamah menolak petisyen dikemukakannya bagi membatalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada PRU15 didengar 16 Feb.
Bekas calon Warisan mengaku tidak bersalah tipu urusan pembalakan
Azman Idris, 55, didakwa memperdayakan Chin Yet Lun, 37, dalam urusan pembalakan yang tidak wujud sehingga mangsa menyerahkan wang sebanyak RM171,500 ke dalam dua akaun bank tertuduh.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
PM tekad akan terus banteras amalan rasuah dalam pentadbiran
Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan prestasi yang ditunjukkan kepimpinan Kerajaan Perpaduan dalam menghentikan amalan rasuah serta salah guna kuasa.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.